SALAM MAHSURI
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri merupakan sebuah sekolah menengah yang tertua di Langkawi. Ia ditubuhkan pada tahun 1964 dengan nama “Sekolah Lanjutan Kampong” dan kemudian dikenali \sebagai “Sekolah Menengah Kuah”. Pada tahun 1966, sekolah ini dipindahkan ke kilometer 2, Jalan Ayer Hangat dengan nama “Sekolah Menengah Mahsuri”. Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu En. Mohd. Khir bin Johari pada 12 November 1966. Pada 1 Ogos 1997, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri. Semenjak Tahun 1986 sehingga sekarang, sekolah ini dikelaskan sebagai sekolah menengah gred A. Kini SMK Mahsuri terdiri daripada 6 blok bilik darjah, satu blok 3 tingkat 9 unit makmal sains, satu makmal komputer, satu dewan besar,
Ditubuhkan pada bulan April 1966 dengan menggunakan Blok B sekolah. Pada tahun 1982, 2 blok asrama, satu blok kantin dan surau telah dibina. Kini sekolah Mempunyai asrama yang terdiri 4 blok asrama (2 blok lelaki dan 2 blok perempuan. Sekarang trdapat pelbagai kemudahan yang di asrama SMK Mahsuri untuk kemudahan dan keselesaan penghuni asrama.